Salam.
Hmmm....... Tengah kecewa ni. Tak dapat pergi mandi air terjun. Nak pergi! Rindu sangat-sangat! Sampaikan tak ada mood nak update blog. Dah dekat seminggu, baru aku update ini blog. Itupun, selepas hati ni, terubat dengan keputusan PMR yang aku dapat!
Jumaat, 24 Disember 2010
Alaaa.....................
Direkod oleh NarD cHio {Jun19} pada 7:20 PTG 0 Kata Kata Pahitmanis
Khamis, 9 Disember 2010
Tension!!!!
Salam..
hmm.. Tensionnya semenjak dua menjak ni. Fikiran aku kusut. Serabut.
And. Aku plan nak pergi lepak kat air terjun. Kat FRIM. Sebab tu je la tempat yang paling dekat aku boleh pergi tanpa diawasi oleh ibu bapa. Pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan. Bukan tak nak pergi dengan keluarga. Tapi, kadang-kadang terasa terkawal nak buat semua benda. Memang keselamatan dijamin. Tapi.. entahlah. Yang penting, aku nekad nak pergi FRIM. Aku dah macam terpanggil dengan air tejun. Nak sangat-sangat pergi!
Direkod oleh NarD cHio {Jun19} pada 1:16 PG 0 Kata Kata Pahitmanis
Khamis, 2 Disember 2010
Aku & Adnan Sempit.. (Apa kaitannya??)
Apa kena-mengena aku & Adnan Semp-it?
Aku sendiri tak tahu. Aku dapat gelaran ini pun daripada ibu dan ayah. Semenjak diorang tengok cerita Adnan Semp-it tu, terus dipanggilnya aku Adnan. Mula-mula diorang panggil aku dengan nama tu, memang aku tak layan and sahut la. Sebab aku pun tercari-cari. Siapa yang diorang panggil. Dah lama-lama, baru aku perasan. And faham sangat-sangat. Kenapa diorang bagi aku panggilan tu. Sebab, ciri-ciri aku sama dengan watak Adnan tu. Bilik sempit, baju sempit, seluar sempit, poket? Of course la sempit. And, paling penting, otak aku pun sempit. Sebab, aku ni jenis yang tak berfikir panjang. Tak tahu nak menilai baik buruknya tindakan aku tu. Sebab, aku terlampau ikutkan kata hati. Agak-agak pak nujum je aku ni. Nama pun otak sempit.

Cinta? Ya. Aku ni, nampak je brutal. Tapi, dalam hati ada taman, beb! Sensitive la pula. And, kelebihan aku kat sini, aku seorang yang setia. Aku tak berani bermain dengan cinta. Sebab aku pun tak berani dipermainkan dengan cinta. Aku senang menangis bila kecewa. Kalau bab-bab perasaan ni, memang sensitive habis. Terpele'ot sikit, hah, hujan panas la jawabnya.

Selain tu, aku ni suka 'makan angin' kat kawasan rumah aku ni, naik motor. Kerja gila, meronda tanpa lesen. Dah la polis sekarang kerap meronda kat kawasan rumah aku ni. Kalau kena tangkap, naya. Tapi alhamdulillah la, aku belum pernah kena tahan atau kena tangkap dengan polis. Kalau apa-apa jadi, perkataan yang sesuai, innalillah. Padan dengan muka aku. Cari pasal, dan memang tak ada siapa yang suruh..! And, aku pantang bila ada penunggang motor yang lain, cabar aku. Diorang press, aku pun press la. Peduli apa aku..!


Eish! Memang samalah perwatakan aku dengan si Adnan tu. Nak terangkan panjang-panjang pun, karang, korang jadi pening pula. Korang ingat ni je. Macam mana Adnan, macam tu juga dengan aku.
Ingat ADNAN SEMPIT, ingat NARD CHIO..!
Assalamualaikum!!!
Direkod oleh NarD cHio {Jun19} pada 10:12 PG 0 Kata Kata Pahitmanis
Langgan:
Catatan (Atom)